Thursday, December 30, 2010

GAY & LESBIAN :: MENGAPA DICABAR FITRAH ILAHI..???


Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi disebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang.
Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa.
Maksud firman Allah SWT:
"Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak."
Maka jelaslah, sifat semula jadi alam ini adalah lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Fitrah tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya. Kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia yang berani untuk mencabar kehebatan yang Maha Mencipta segalanya.
Cinta Sejenis
Nikmat yang Allah kurniakan di atas muka bumi ini memang tidak terkira banyaknya. Namun begitu, kenikmatan itulah yang selalunya membuatkan manusia kian lupa diri. Malah semakin berani untuk menentang apa yang telah sempurna diaturkan. Hingga ada yang sanggup merosakkan fitrah dengan menjalani kehidupan bertentangan agama. Inilah yang sedang dilakukan oleh para pengamal cinta sejenis yang semakin hari semakin bangga mempamerkan kehebatan mencabar kuasa Allah SWT. Mereka inilah yang bangga mengakui serta selamba mempamerkan diri sebagai Gay dan juga Lesbian!
Gejolak nafsu songsang yang melanda umat manusia kini bukan lagi rahsia. Bagi mereka, adalah normal kalau lelaki mencintai lelaki, dan wanita 'bersuamikan' wanita. Tidak ada lagi rasa malu dan segan untuk memberitahu dunia bahawa mereka berjiwa songsang. Malah cuba pula untuk mempertahankan serta memperjuangkan 'hak' kononnya mereka perlu dilayan sama rata. Perlu diberi ruang menjadi sebahagian daripada kelompok dunia.
Tidak terkecuali masyarakat di Malaysia yang kini mahu menjadi seperti Hollywood. Gejala cinta sejenis makin diterima dan mula menjadi sebahagian daripada gaya hidup serta mula dibudayakan. Dengan kemunculan pelbagai kelab-kelab malam yang eksklusif untuk golongan sejenis, mereka bebas berseronok menjalani tabiat di luar tabii. Tanpa ada undang-undang yang mampu mengawal kegilaan itu, kemudian muncul pula spa dan rumah urutan khusus untuk lesbian dan gay. Mereka semakin terbuka. Malah ada yang tak mampu lagi untuk sorok-sorok mempamerkan kemesraan terlampau di hadapan umum walaupun fizikal dan biologinya, mereka adalah sama.
Begitu juga dengan penciptaan begitu banyak laman sesawang yang khas direka untuk memudahkan golongan ini berinteraksi sesama mereka. Ia bagaikan pil perangsang. Dari situ 'virus' homoseksual ini terus merebak dan mempengaruhi lebih ramai umat manusia. Terutamanya yang lemah imannya untuk terus-terusan melawan fitrah. Seolah-olah tidak mengapa untuk mencabar kuasa pencipta.
Benarkah naluri cinta sejenis ini adalah fenomena semula jadi? Ataupun sengaja dilakukan sebagai cara lain untuk menikmati puncak kepuasan syahwat? Jangan keliru, jangan buat-buat keliru lagi. Apa jua alasannya, setiap kurniaan tubuh badan, akal fikiran dan nafsu itu perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Bukan untuk diubah. Juga jangan cuba menidakkan fitrah yang telah ditetapkan. Jika tidak, bersediakah anda untuk menerima amaran dan bala Allah sekali lagi? Sebagaimana pernah diturunkannya kepada umat terdahulu- mereka menjadi buta, diterbalikkan bumi, dihujani dengan batu-batu kerikil dari neraka dan dihantar halilintar kepada mereka. Semuanya gara-gara gagal untuk mengawal nafsu songsang dan mencintai kaum sejenis!
- artikel ILuvIslam -

Friday, December 24, 2010

HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS

Assalamualaikum...

Hukum mengucapkan Merry Christmas kepada teman-teman kita yang beragama Kristian adalah Haram lagi Syirik. Ia lebih besar dosanya daripada menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan sebagainya. Ini adalah kerana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika seseorang itu mati sebelum sempat bertaubat daripada dosa syiriknya. 

Bagaimana mengucapkan Merry Christmas boleh menjadikan kita syirik? Kita tahu bahawa agama Christianity adalah agama yang batil (salah) lagi sesat kerana mempertuhankan manusia dan rasul yang bernama Isa yang mereka sebut sebagai Jesus Christ. Ada pula yang mempertuhankan ibunya, iaitu Maryam. Mempertuhankan seseorang ada banyak cara, samada dengan jelas menyembahnya atau dengan takut kepadanya atau dengan mengharap dan meletakkan sandaran kepadan ya, atau ghalu (melampau) dalam menyanjungnya dan sebagainya. Jadi, agama Christianity adalah agama syirik, agama yang bukan sahaja menduakan Allah, tetapi mentigakan Allah dengan ajaran Trinity mereka yang mengajarkan konsep the Father, the Son and the Holy Ghost atau Holy Spirit. 

Nah, hari Natal atau Christmas adalah hari keagamaan mereka, syiar dan lambang kegembiraan mereka. Ia adalah perayaan yang ada sangkut paut dengan agama sesat ini. Mengucapkan Merry Christmas memberi implikasi bahawa kita menyuruh atau menggalak atau memberi perangsang kepada orang Kristian supaya terus sesat dan menyesatkan. Ucapan Merry Christmas mempunyai unsur-unsur redha dan rela dengan kesyirikan yang mereka lakukan, atau yang mereka percayai atau yang mereka yakini, sekaligus memberikan kesetiaan kita kepada Bibel yang mereka anggap sebagai wahyu! 

Thursday, December 23, 2010

NIKAH TUTUP AURAT, SANDING BUKA AURAT...


Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.
Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

Wednesday, December 22, 2010

KISAH AYAH DAN ANAKNYA...


Hari ini cukup istimewa. Ada cerita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Suatu ketika seorang ayah membawa anaknya keluar berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Ada megasalekatanya.
Maka mereka pun mula pusing memusing sekitar pusat membeli belah. Biasalah lelaki lebih gemar memerhati berbanding dengan membeli. Tak gitu wahai isteri? =P
Jalan punya jalan, akhirnya mereka sampai di bahagian makanan.
"Ayah..saya nak tu," kata si anak sambil jarinya menuding ke arah sebungkus gula-gula.
Ayahnya melihat packet gula-gula berkenaan.
"Tak boleh...takleh makan yang ni," balas si ayah.
"Nak jugak...." si anak mula bertukar warna.
"Tak boleh," ayah sedikit tegas.
"Nak jugak..nak jugak...." laungan si anak jantan mula kedengaran. Nyaring sekali.
Si ayah tidak menghiraukan taktik anaknya. Sudah fasih dan arif. Segera dipegang tangan anaknya dan dibawa masuk ke dalam kereta. Senang cerita =)
Mereka pulang.
Demikian cerita dari Mr. X. Kisah ayah dan anak.
Adapun jika diteliti kisah ini mungkin ada yang berpendapat patut sahaja dibeli gula-gula untuk anak-anak. Jangan dibiarkan memberontak. Tidak elok untuk psikologi kanak-kanak.
Namun si ayah tidak mahu menunaikan hasrat anaknya kerana bimbang akan kesihatan gigi anaknya. Si ayah inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi si anak tidak mengerti. Disangkanya, itu yang terbaik untuknya, maka aku mesti memilikinya!
Sindrom ayah dan anak ini seringkali menjadi putaran kehidupan. Tatkala kita dilarang oleh Allah s.w.t, maka kita bergerak menentang Allah s.w.t. Dilarang-Nya melakukan maksiat, maka itulah yang kita buat. Sempat sunat taubat katanya.
Sahabat,
Susahlah andai yang tidak tahu berlagak tahu.
Yang zalim merasakan mereka alim.
Yang bijak suka berlagak!
Pesan Pak Tua,
"Tidak rugi mendengar nasihat guru sebab mereka memang lebih tahu!"
Yakinlah, sesungguhnya Pencipta manusialah yang maha mengetahui selok belok manusia. Maka marilah kita mempasakkan keimanan kita seteguh-teguhnya. Amar makruf nahi mungkar.
Allahuakbar.

Thursday, December 16, 2010

NASI LEMAK 5O SEN..!!!


"Awak cakap saya tak cantik?!"
"Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!"
Begitulah satu babak dalam filem 'Cuti-cuti Cinta', dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!
Apa kata kita?
Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.
Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It's a lame joke, with double meaning. And more. it's not funny!
Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada 'ehem-ehem' Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!
Ekploitasi Wanita
Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.
Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.
Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya 'mempromosi kecantikan' wanita.
Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki 'pencinta wanita', malah kanak-kanak juga!
Pengaruh kepada kanak-kanak
"Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?"
Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?
Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?
Janganlah murah sangat!
Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!
Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..
..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)

Monday, December 13, 2010

TIDAK WAJAR SINCHAN DIJADIKAN IKON


Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, "Punggung..." Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?
Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan.
Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.
Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka.
Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita.
Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.
Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.
Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif.
Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.
Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.
Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.
Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.
Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.
Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.

Sunday, December 12, 2010

KISAH SEORANG GURU TADIKA...!!!




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

Saturday, December 11, 2010

MALAYSIA SEBUAH HUB PUSAT HIBURAN MALAM...????


Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.
Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.
Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?
Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?
Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?
Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?
Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.
Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,
"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )
"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)
Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?
Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

Friday, December 10, 2010

OLD TOWN...WITH MY COUSIN..!!!

 THURDAY, 9 DISEMBER 2010...

       Going to OLD TOWN with may cousin...kena spend oleh aunty....TQ....mkananannya sedap loh...!!!
rugi kalau x rasa...!!!hehehhehe......
                  




uurrrmmm...sedapnya...!!!



bnyak nya makanan...akhirnya ab
is jugak ..hahaha...!!!!


tengah tunggu mkanan...huu,...punya lambat...!!!


 Adam la jugak..satu2nya hero terCOMEL d dunia...kunun la...hahahha/...





 terkumpul lah...org2 CEREWET...hahaha













yg INI..kak Jusma pnya...awal2 lgi ada uda kurangnya...!!!



 so sweet..hahhaa




 2 big bos..yg kasi spend kami...hehhe...thanks...!!!



 akhirnya..mkanan smpai....huu..tengah makan pun msih mau 
snap photo./..hahha...memang la...!!!






























it's mine....looks so delicious....uurrmm....!!!


 nie macam mkanan org India jak nie..apasal ada dlam menu nie...uurrrmmm....????


























































 adik-bradik yg sntiasa mesra...hahaha...!!!


 adam2...huu...dengan selera ooo mkan...hehehe...!!!!


 trep jak nie...hnya mau bergambar,...pdhal sdah order mkanan pun...!!!


























































































kak jus...pelan2 minum..nanti t'cekik lgi...jngan nmpak kamera..
minum la dlu, bru bleh b'gambar...!!

































Finally....huu...mhal jugak...hehehe...2la..bnyak btul gak d order...!!!