Friday, December 24, 2010

HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS

Assalamualaikum...

Hukum mengucapkan Merry Christmas kepada teman-teman kita yang beragama Kristian adalah Haram lagi Syirik. Ia lebih besar dosanya daripada menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan sebagainya. Ini adalah kerana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika seseorang itu mati sebelum sempat bertaubat daripada dosa syiriknya. 

Bagaimana mengucapkan Merry Christmas boleh menjadikan kita syirik? Kita tahu bahawa agama Christianity adalah agama yang batil (salah) lagi sesat kerana mempertuhankan manusia dan rasul yang bernama Isa yang mereka sebut sebagai Jesus Christ. Ada pula yang mempertuhankan ibunya, iaitu Maryam. Mempertuhankan seseorang ada banyak cara, samada dengan jelas menyembahnya atau dengan takut kepadanya atau dengan mengharap dan meletakkan sandaran kepadan ya, atau ghalu (melampau) dalam menyanjungnya dan sebagainya. Jadi, agama Christianity adalah agama syirik, agama yang bukan sahaja menduakan Allah, tetapi mentigakan Allah dengan ajaran Trinity mereka yang mengajarkan konsep the Father, the Son and the Holy Ghost atau Holy Spirit. 

Nah, hari Natal atau Christmas adalah hari keagamaan mereka, syiar dan lambang kegembiraan mereka. Ia adalah perayaan yang ada sangkut paut dengan agama sesat ini. Mengucapkan Merry Christmas memberi implikasi bahawa kita menyuruh atau menggalak atau memberi perangsang kepada orang Kristian supaya terus sesat dan menyesatkan. Ucapan Merry Christmas mempunyai unsur-unsur redha dan rela dengan kesyirikan yang mereka lakukan, atau yang mereka percayai atau yang mereka yakini, sekaligus memberikan kesetiaan kita kepada Bibel yang mereka anggap sebagai wahyu! 

No comments:

Post a Comment